MELAKA, 25 Feb (Bernama) -- Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini memerintahkan seorang peniaga lembu dipenjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan menyebabkan kematian seorang individu, 10 tahun lepas.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah memerintahkan hukuman terhadap M. Maheswaran, 40, bermula dari tarikh tangkap, iaitu 3 Mac 2022.
Maheswaran didakwa menyebabkan kecederaan yang mungkin boleh menyebabkan kematian terhadap S. Manikumar, 35, antara 10.30 malam 22 Mei hingga 9.50 pagi 23 Mei 2016 di kawasan hutan kelapa sawit berhampiran Empangan Jus, Selandar di Jasin.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, rangka Manikumar ditemukan pada 18 Jun 2016, iaitu hampir sebulan selepas abangnya membuat laporan kehilangan mangsa pada 23 Mei tahun yang sama.
Timbalan Pendakwa Raya Rif'ah 'Izzati Abdul Mutalif memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan kematian mangsa satu kehilangan kepada keluarganya.
Peguam tertuduh Daniel Savarimuthu bagaimanapun merayu hukuman diringankan kerana anak guamnya menyara empat anak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial