EKONOMI

Unit Sunway Construction Raih Kontrak RM1.15 Bilion Daripada Syarikat Berpangkalan Di AS

25/02/2026 06:55 PM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd (SunCon) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB), menerima kontrak kerja bernilai RM1.15 bilion untuk dua projek daripada sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kontrak berkenaan melibatkan kerja-kerja struktur asas dan kemasan teras. Ia dijadualkan bermula serta-merta, dengan tempoh siap dijangka menjelang Mei 2027.

“Kontrak itu dijangka tidak memberi sebarang kesan material serta-merta terhadap pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan tahap kadar hutang SunCon bagi tahun kewangan berakhir 2026 (TK2026).

“Bagaimanapun, jika tiada keadaan yang diluar jangka berlaku, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan SunCon bermula pada TK2026 dan seterusnya,” kata syarikat itu.

Sehingga hari ini, SunCon berkata nilai perolehan kontrak kumpulan yang belum selesai berjumlah RM6.9 bilion, termasuk projek baharu yang diperoleh setakat tahun ini berjumlah RM1.2 bilion.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan