AM

Ruang Udara Timur Tengah Terjejas, TH Tunggu Nasihat Pihak Berkuasa

01/03/2026 09:58 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) sedang memantau dan menilai secara rapat keadaan perkembangan konflik semasa di Iran yang menjejaskan ruang udara di Timur Tengah.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad berkata susulan konflik berkenaan, semua penerbangan pergi dan balik dari rantau itu digantung buat masa ini.

“TH sedang memantau dan menilai keadaan perkembangan konflik ini dengan rapat dan akan membuat pemakluman seterusnya pada masa yang sesuai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berkenaan tanggungjawab TH kepada bakal jemaah haji negara, beliau berkata tindakan TH seterusnya akan berdasarkan nasihat yang diterima daripada rakan syarikat penerbangan, pihak berkuasa Arab Saudi dan Wisma Putra.

“TH ingin menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan bakal jemaah haji negara adalah keutamaan,” katanya.

Ketegangan di Timur Tengah meningkat apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Sabtu, sebelum Iran melaksanakan serangan balas misil ke wilayah Israel serta ke kemudahan tentera AS di Timur Tengah.

Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terbunuh susulan serangan pada pagi Sabtu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan