KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Jeddah pada Isnin membuka Bilik Operasi susulan konflik yang melanda rantau Timur Tengah.
KJM berkata bilik operasi itu dibuka bagi memantau secara dekat perkembangan terkini rakyat Malaysia di Wilayah Barat Arab Saudi yang terkesan, terutamanya mereka yang terkandas disebabkan oleh pembatalan penerbangan.
Bilik Operasi itu mula beroperasi pada 9 pagi, katanya dalam satu kenyataan.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Bilik Operasi KJM Jeddah di talian +966 126 727 740 | +966 573 099 589 yang beroperasi secara 24 jam atau e-mel kepada mwjeddah@kln.gov.my.
KJM di Jeddah turut menasihatkan rakyat Malaysia di Arab Saudi supaya terus peka dengan perkembangan semasa dan kekal tenang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial