DUNIA

Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

03/03/2026 10:34 AM

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali meningkat untuk dibuka tinggi pada Selasa didorong aktiviti belian saham pada harga rendah selepas jualan besar-besaran semalam.

Pada 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 14.20 mata atau 0.83 peratus kepada 1,714.41 berbanding paras 1,700.21 ketika ditutup pada Isnin, selepas dibuka naik 4.02 mata kepada 1,704.23.

Dalam pasaran menyeluruh, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 419 berbanding 156, manakala 306 kaunter tidak berubah. Sebanyak 1,743 kaunter tidak diniagakan dan 22 digantung.

Jumlah dagangan mencecah 344.52 juta saham bernilai RM196.95 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini, minat belian dijangka tertumpu kepada sektor perbankan, khususnya CIMB, disokong oleh hasil dividen yang menarik dalam kalangan saham bermodal besar yang mampu menampan turun naik jangka pendek.

“Tindakan syarikat insurans global menarik balik perlindungan risiko perang bagi kapal yang melalui Selat Hormuz menunjukkan terdapat risiko gangguan bekalan minyak mentah. Ini berpotensi mencetuskan lonjakan harga minyak, yang boleh memanfaatkan pemain huluan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank melonjak 14 sen kepada RM11.86, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.88, CIMB meningkat 11 sen kepada RM8.05 dan TNB bertambah 12 sen kepada RM14.40, manakala SD Guthrie susut lima sen kepada RM5.59.

Bagi kaunter aktif, Capital A meningkat 1.5 sen kepada 53.5 sen, VS Industry naik setengah sen kepada 35 sen, Pharmaniaga menambah satu sen kepada 29 sen, Pegasus Heights kekal pada setengah sen, manakala Bumi Armada susut setengah sen kepada 34.5 sen.

Antara saham untung utama, Nestle meningkat RM1.01 kepada RM108, Malaysian Pacific Industries naik 92 sen kepada RM31.92, UMS Integration bertambah 32 sen kepada RM4.92 dan Hong Leong Industries naik 30 sen kepada RM17.84.

Saham paling rugi termasuk United Plantations yang susut 16 sen kepada RM29.28, Petronas Chemicals turun sembilan sen kepada RM3.30, UMS Holdings merosot enam sen kepada RM1.90 dan SD Guthrie susut lima sen kepada RM5.59.

Di papan indeks, Indeks FBM T100 naik 98.45 mata kepada 12,403.16, Indeks FBM Emas meningkat 99.02 mata kepada 12,580.02, Indeks FBM 70 menokok 119.17 mata kepada 17,433.18, Indeks FBM Emas Shariah bertambah 75.05 mata kepada 12,191.65 dan Indeks FBM ACE meningkat 22.33 mata kepada 4,631.33.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 207.13 mata kepada 21,036.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.78 mata kepada 172.17, Indeks Tenaga naik 0.14 mata kepada 778.31, manakala Indeks Perladangan susut 24.16 mata kepada 8,172.40.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan