DUNIA

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Kenaikan Di Wall Street

05/03/2026 10:35 AM

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street yang positif semalaman berikutan kemerosotan harga minyak dan data ekonomi yang menggalakkan meredakan kebimbangan terhadap krisis geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.86 mata atau 0.22 peratus kepada 1,702.08 daripada 1,698.22 ketika ditutup pada Rabu selepas dibuka tinggi 8.03 mata pada 1,706.25.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 318 berbanding 151 manakala 314 kaunter tidak berubah, 1,839 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 233.52 juta saham bernilai RM159.55 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata minat belian dijangk berterusan dengan saham wajaran tinggi perbankan kekal menjadi tumpuan. Perbezaan kadar faedah antara AS dan Malaysia yang menggalakkan dan ringgit lebih kukuh diunjur memberi manfaat kepada aset perbankan.

Ia juga menjangkakan harga minyak mentah akan stabil melebihi AS$80 setong dalam jangka masa terdekat, berpotensi menyokong penggiat minyak dan gas huluan seperti Hibiscus.

“Kami menjangkakan minat belian yang berterusan dalam Velesto susulan beberapa perolehan projek. Walaupun pelanggan semakin banyak mendapat bahan solar dan tempoh pembayaran balik Program Tindakan Peralihan Solar Dipercepatkan (ATAP) kekal lebih lama, kontraktor solar kini menawarkan nilai dengan pakej Solar Berskala Besar (LSS) terus menjadi tumpuan utama,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan IHH Healthcare naik empat sen masing-masing kepada RM11.70, RM4.88 dan RM9.00 manakala Hong Leong Bank tidak berubah pada RM23.06 dan  CIMB susut satu sen kepada RM7.94.

Bagi saham aktif, NexG melonjak 3.5 sen kepada 30.5 sen, Capital A menokok setengah sen kepada 50.5 sen, Pharmaniaga dan Capital A tidak berubah, masing-masing pada 27.5 sen dan 18 sen, manakala Bumi Armada merosot 0.5 sen kepada 35 sen dan Hengyuan Refining Company turun dua sen kepada RM1.52.

Kaunter paling untung menyaksikan Nestle naik RM1.50 kepadaRM108.50, Malaysian Pacific Industries meningkat 56 sen kepada RM31.06, United Plantations menambah 16 sen kepada RM30.36 dan Malayan Cement melonjak 14 sen kepada RM8.26.

Kaunter paling rugi ialah Ajinomoto dan Hong Leong Industries, merosot lapan sen, masing-masing kepada RM13.40 dan RM17.30, manakala TNB menguncup enam sen kepada RM14.10.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 naik 35.76 mata kepada 12,302.42, Indeks FBM Emas meningkat 36.23 mata kepada 12,470.70, Indeks FBM Mid 70 menambah 85.40 mata kepada 17,239.66, Indeks FBM Emas Shariah menokok 29.76 mata kepada 12,118.00 dan Indeks FBM ACE naik 27.80 mata kepada 4,533.62.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 65.69 mata kepada 20,834.47, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.20 mata kepada 172.92, Indeks Tenaga menokok 1.60 mata kepada 788.21 dan Indeks Perladangan naik 11.06 mata kepada 8,149.72.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan