AM

Konflik AS-Iran: Umat Islam Diseru Doa Keamanan Dunia Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

09/03/2026 09:29 PM

KUCHING, 9 Mac (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud hari ini menyeru umat Islam di negara ini memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan dengan memperbanyak doa agar dunia kembali aman, khususnya rantau yang dilanda konflik.

Beliau turut mengajak umat Islam mendoakan agar konflik melibatkan Iran, Amerika Syarikat (AS) serta Israel segera reda demi memastikan keamanan sejagat terus terpelihara.

“Marilah kita sama-sama berdoa supaya dunia ini, khususnya konflik yang melibatkan Iran, AS dan Zionis Israel dapat segera reda.

“Kita berharap agar kesan peperangan itu tidak sampai ke negara kita dan semua dapat terus hidup dalam keadaan aman,” katanya berucap pada Majlis Iftar Ramadan MADANI Sarawak di sini hari ini.

Terdahulu, pada majlis itu, Mustapha turut menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada 100 penerima dari sekitar kawasan Kampung Muara Tebas.

Ketegangan di Timur Tengah meruncing sejak 28 Feb lepas susulan serangan Israel dan AS ke atas Iran, diikuti oleh serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.

Berdasarkan rekod Kementerian Luar, setakat 8 Mac, sebanyak 649 orang rakyat Malaysia masih terkandas di beberapa negara terįejas di rantau itu manakala 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar menerusi sistem e-Konsular setakat 7 Mac.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan