DUNIA

Sembilan Hospital Di Iran Henti Operasi Selepas Serangan Udara

10/03/2026 09:19 PM

TEHRAN, 10 Mac (Bernama-dpa) -- Sembilan hospital di Iran terpaksa menghentikan operasi susulan serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Israel, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sejak bermulanya konflik semasa, sebanyak 18 jabatan kecemasan dan 25 pusat kesihatan turut mengalami kerosakan, manakala 14 ambulans musnah, menurut laporan agensi berita Iran, Iranian Labour News Agency (ILNA) pada Selasa yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Mohammad Jamalian, seorang anggota suruhanjaya kesihatan.

Beliau berkata jika konflik berterusan, bekalan ubat-ubatan strategik Iran dijangka mencukupi sekurang-kurangnya selama enam bulan, namun mengakui yang beberapa jenis ubat kini sudah mengalami kekurangan.

Menurutnya, prosedur tidak penting seperti pembedahan kosmetik digantung di hospital sehingga dimaklumkan kelak.

Tumpuan kini diberikan kepada rawatan kecederaan akibat serangan udara Amerika Syarikat - Israel serta kes kecemasan lain.

Di seluruh negara, kira-kira 1,400 mangsa yang cedera dilaporkan sedang menerima rawatan sebagai pesakit.

-- BERNAMA-dpa 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan