DUNIA

Korea Selatan Akan Keluarkan Baucar Tenaga Susulan Krisis Asia Barat

12/03/2026 09:40 PM

SEOUL, 12 Mac (Bernama-Yonhap) -- Parti pemerintah Parti Demokratik Korea (DP) dan pegawai kerajaan Korea Selatan pada Khamis bersetuju untuk menyediakan baucar tenaga bagi membantu golongan rentan menghadapi kenaikan harga susulan perang yang semakin memuncak di Asia Barat, lapor Agensi Berita Yonhap.

Dalam satu mesyuarat antara Ahli Parlimen DP dan pegawai kementerian tenaga di Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan, parti pemerintah itu menggesa kerajaan memastikan kos tenaga tidak memberi tekanan tambahan kepada isi rumah berpendapatan rendah, kata Ahli Parlimen Kim Ju-young kepada pemberita.

“DP meminta kerajaan mengekalkan tahap kesiapsiagaan respons kecemasan yang menyeluruh bagi mengelakkan kesulitan kepada orang ramai akibat gangguan bekalan elektrik, selain menyeru sokongan kebajikan awam agar peningkatan kos tenaga tidak terus membebankan isi rumah yang rentan,” katanya.

Kerajaan turut memaklumkan yang ia akan menubuhkan pasukan respons kecemasan serta bekerjasama dengan syarikat tenaga milik kerajaan dan penjana kuasa swasta bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil.

--BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan