SUKAN

Atlet Memanah Para Bakal Terima Peralatan Baharu

13/03/2026 03:22 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Skuad memanah para negara bakal menerima peralatan baharu tidak lagi, selepas Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju menyediakan peruntukan bagi menaik taraf kelengkapan latihan dan pertandingan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) Muhammad Zul Izzi Ab Manaff berkata langkah itu bukan kerana kekurangan peralatan tetapi bertujuan meningkatkan kualiti kelengkapan sedia ada supaya lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata sebelum ini proses naik taraf dilakukan secara berperingkat, namun kali ini diberi ruang untuk peningkatan lebih menyeluruh memandangkan sebahagian peralatan sedia ada agak ketinggalan.

“Pihak MSN bersetuju menyediakan bajet untuk membawa masuk peralatan baharu. Sebenarnya, bukan kerana kita sudah lama tidak membeli, tetapi kita mahu menaik taraf peralatan sedia ada.

“Selama ini kita membuat sedikit demi sedikit peningkatan, namun kali ini kita diberi kelebihan untuk melakukan naik taraf secara lebih menyeluruh kerana ada beberapa peralatan yang agak ketinggalan,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di MSN, Bukit Jalil di sini hari ini.

Beliau berkata pembelian peralatan baharu itu dijangka membantu atlet mengekalkan tahap konsistensi dalam latihan dan juga pertandingan.

Tanpa mendedahkan bajet diperlukan, Muhammad Zul Izzi berkata antara kelengkapan yang akan dinaik taraf ialah peralatan seperti busur termasuk komponen utama seperti riser dan limbs.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan