KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan yang terus komited menjalankan amanah serta tanggungjawab ketika sambutan Aidilfitri.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda menyanjung tinggi pengorbanan anggota keselamatan dan penguat kuasa yang tetap bertugas demi memastikan keamanan, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat terpelihara walaupun masyarakat lain meraikan lebaran bersama keluarga masing-masing.
Sultan Ibrahim turut mendoakan agar semua anggota pasukan keselamatan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan sepanjang melaksanakan tugas.
Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.
Sementara itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan nasihat kepada rakyat supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya, khususnya semasa pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
Sultan Ibrahim bertitah agar semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas, menjaga keselamatan diri serta tidak tergesa-gesa ketika memandu demi mengelakkan kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial