AM

Seratus Ahli Parlimen Jayakan STI MADANI - Chang

20/03/2026 10:26 AM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Seramai 100 Ahli Parlimen menjayakan inisiatif pemberian Geran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) MADANI melalui pelaksanaan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di kawasan masing-masing.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang berkata inisiatif itu sebahagian daripada usaha memperkukuh STI MADANI dengan membawa bidang sains, teknologi dan inovasi lebih dekat dengan rakyat, bukan hanya di peringkat dasar tetapi terus ke sekolah, komuniti dan kawasan Parlimen seluruh negara.

Beliau berkata menerusi pendekatan itu, STI MADANI membolehkan lebih ramai pelajar dan komuniti mendapat pendedahan awal kepada teknologi, sekali gus membuka ruang untuk mencungkil bakat serta minat dalam bidang sains dan inovasi.

“Melalui STI MADANI, kita bukan sahaja membina kesedaran, tetapi juga meletakkan asas kepada pembangunan bakat masa depan negara.

“Inilah langkah penting untuk memastikan Malaysia terus melahirkan generasi inovator, memperkukuh daya saing ekonomi dan memastikan manfaat teknologi dapat dirasai oleh seluruh rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Chang berkata usaha itu juga membuktikan bahawa pembangunan teknologi tidak boleh bergerak secara silo dan memerlukan kerjasama semua pihak agar agenda sains dan inovasi menjadi gerakan nasional yang inklusif dan berimpak.

STI MADANI ialah inisiatif untuk membudayakan sains dan teknologi, menggalakkan minat STEM dalam kalangan pelajar dan melahirkan bakat inovator masa depan selain bertujuan membawa sains dan teknologi lebih dekat dengan rakyat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan