XIONG’AN, 24 Mac ( Bernama - CMG) – Presiden China Xi Jinping menyeru agar usaha berterusan digiatkan untuk membangunkan Kawasan Baharu Xiong'an di provinsi Hebei sebagai hab inovasi pada era baharu serta model pembangunan berkualiti tinggi.
Xi melakukan tinjauan di Kawasan Baharu Xiong’an dan mempengerusikan satu simposium mengenai pemajuan pembangunan berkualiti tinggi kawasan berkenaan, pada Isnin.
Beliau menyatakan bahawa Xiong’an harus mengekalkan fungsi utama dalam usaha meringankan beban Beijing yang berstatuskan ibu negara.
Kemajuan signifikan telah dicapai dalam pembangunan Kawasan Baharu Xiong’an, kata beliau sambil menambah usaha untuk mengalihkan sebahagian fungsi Beijing perlu diperhebat dengan projek pemindahan perusahaan milik negara, universiti, hospital dan jabatan lain dilaksanakan secara teratur.
Xi turut memberi penekanan terhadap pembangunan sistem perindustrian moden yang sesuai dengan keadaan sebenar Xiong’an.
Adalah perlu untuk memupuk kluster industri memuncul dan industri masa hadapan, merintis pelaksanaan dasar inovatif dalam bidang teknologi, kewangan dan lain-lain, serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang berorientasikan pasaran dan setaraf dengan piawaian antarabangsa, kata beliau.
– BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial