SHAH ALAM, 25 Mac (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Seksyen 19, di sini, petang semalam.
Mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bawah apartmen kira-kira 4.20 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 5.40 petang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 6.44 petang.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai jatuh dari tingkat lima. Namun, hasil siasatan lanjut menunjukkan mangsa berkemungkinan terjatuh dari tingkat tujuh.
“Bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat dan juga Ketua Polis Balai Seri Muda Insp. Zulhusni Hasani di talian 011-39360779 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial