AM

Kebakaran Belukar Di Daro Merebak Hingga 10 Hektar - Bomba

28/03/2026 02:01 PM

KUCHING, 28 Mac (Bernama) -- Kebakaran belukar yang berlaku di Kampung Penasu, Daro, Mukah, telah menjejaskan kawasan seluas kira-kira 10 hektar, setakat tengah hari ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca panas dan berangin menjadi faktor utama kebakaran itu cepat merebak.

“Pusat gerakan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.53 malam tadi sebelum pasukan bomba tiba di lokasi pada 1.11 pagi selepas menempuh perjalanan kira-kira 100 kilometer.

“Operasi pemadaman dilaksanakan dengan menggunakan satu aliran sepanjang 1,200 kaki dengan satu pancutan pam angkut serta mendapatkan sumber air dari parit berhampiran. Operasi pemadaman masih diteruskan bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lebih luas,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kejadian di Kuala Tatau–Serupai di Tatau, Bintulu yang memasuki hari keenam hari ini, kira-kira 100 hektar daripada 400 hektar kebakaran berjaya dipadamkan semalam.

Di Sibu pula, terdapat kebakaran belukar seluas kira-kira 16 hektar di Jalan Tunku Abdul Rahman dengan laporan kes kejadian diterima pagi semalam.

Setakat hari ini, pihak bomba masih berusaha memadamkan kebakaran di semua kawasan berkenaan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan