SHAH ALAM, 30 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor membuka semula permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (IPT) hingga 14 April ini, bagi membantu meringankan beban kewangan anak negeri yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu menawarkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada pelajar tahun pertama di IPT yang diiktiraf kerajaan negeri daripada peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4 hingga Ijazah Sarjana Muda.
“Tahun ini, kerajaan negeri peruntukan RM5 juta, tambahan daripada RM3 juta tahun sebelumnya supaya lebih ramai menerima manfaat.
“Mudahan dapat membantu anak-anak belajar dengan tenang, insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan danapendidikan.selangor.gov.my sebelum tarikh tutup pada 14 April ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial