AM

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

30/03/2026 06:06 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent melonjak 2.2 peratus kepada US$114.96 setong.

“Bagaimanapun, momentum kenaikan tersebut dikekang oleh petunjuk bercampur-campur daripada niaga hadapan getah serantau, ketidaktentuan berhubung konflik di Timur Tengah dan prospek industri automotif di China yang merosot,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata niaga hadapan getah Shanghai meningkat pada Isnin, disokong oleh permintaan fizikal yang kukuh dan pembelian spekulatif dalam kenaikan harga minyak.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 12 sen kepada 815 sen sekilogram, paras tertinggi baharu pada 2026 manakala susu getah pukal naik tujuh sen kepada 696.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan