DUNIA

Iran Dakwa Lebih 113,000 Premis Awam Rosak Dalam Serangan AS-Israel

01/04/2026 09:37 AM

ISTANBUL, 1 April (Bernama-Anadolu) -- Lebih 113,000 premis awam termasuk rumah, sekolah dan kemudahan komersial rosak dalam serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Iran pada Selasa.

Organisasi itu dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 90,063 rumah, 21,059 kemudahan komersial, 760 pusat pendidikan serta 18 kemudahan berkaitan Bulan Sabit Merah turut mengalami kerosakan, lapor Anadolu Ajansi.

Tiga helikopter bantuan juga turut mengalami kerosakan akibat serangan berkenaan.

Sejak 28 Feb, Israel dan AS melaksanakan operasi ketenteraan terhadap Iran, mengakibatkan ribuan terkorban, menurut pihak berkuasa Iran.

Tehran bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel serta pangkalan AS di beberapa negara Arab.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan