KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka meningkat pada Rabu.
Pada 9.37 pagi, kontrak April 2026 menambah 18.5 mata kepada 1,708.0, Mei 2026 meningkat 19 mata kepada 1,708.5, kontrak Jun 2026 naik 19.5 mata kepada 1,706.5, manakala kontrak September 2026 menokok 17 mata kepada 1,688.0.
Jumlah dagangan sebanyak 3,115 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 34,878 kontrak.
Pada 9.59 pagi, FBM KLCI meningkat 10.16 mata kepada 1,700.52 selepas 59 minit dagangan, berbanding paras 1,690.36 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial