AM

Malaysia Tidak Bayar Sebarang Tol Lalui Selat Hormuz - Fahmi

01/04/2026 05:54 PM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Kerajaan menegaskan bahawa Malaysia tidak membayar sebarang tol bagi laluan kapal Petronas melalui Selat Hormuz, sekali gus menafikan dakwaan tular di media sosial.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibentangkan Petronas dan diteliti dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam dan mendapati maklumat yang tersebar berkemungkinan berpunca daripada kekeliruan warganet terhadap tajuk berita tertentu.

“Kita mengambil maklum kita ada beberapa kapal (Petronas) yang masih dalam perjalanan dan pada ketika ini menunggu giliran untuk melepasi Selat Hormuz, kita tidak membayar apa-apa tol seperti yang didakwa.

“… mungkin (berpunca) tajuk berita yang telah disalah erti oleh warganet, tapi kita tidak membayar apa-apa tol dan pada waktu ini keadaan masih terkawal," katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Mengulas penyebaran grafik palsu berkaitan harga minyak, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata pengumuman rasmi harga mingguan RON95, RON97 dan diesel hanya dibuat oleh Kementerian Kewangan pada setiap Rabu.

"Biasanya (maklumat hanya) akan diterbitkan selepas 6 petang setiap Rabu. Selain daripada pengumuman rasmi Kementerian Kewangan, sebarang grafik atau maklumat lain yang disebarkan adalah tidak benar atau palsu," katanya. 

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan