PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM NAIK SUSULAN KENAIKAN HARGA MINYAK MENTAH DAN MINYAK SOYA

04/11/2024 09:33 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives naik melebihi RM4,900 setiap tan untuk kontrak November dan Disember 2024, disokong oleh peningkatan harga minyak mentah dan minyak soya, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan pengeluaran yang lebih lemah dan paras saham yang lebih rendah turut menyokong sentimen pasaran.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,850 dan paras rintangan pada RM5,000," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM telah mencapai tahap tertinggi 28 bulan yang baharu, didorong oleh sentimen pasaran yang menaik.

“Sentimen pasaran yang menaik disokong oleh eksport Oktober yang kukuh dan pengeluaran yang lebih lemah dengan saham akhir bulan bersedia untuk turun lebih rendah,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2024 bertambah RM8 kepada RM4,984 setiap tan, Disember 2024 melonjak RM26 kepada RM4,940 setiap tan dan Januari 2025 berkembang RM23 kepada RM4,891 setiap tan.

Februari 2025 meningkat RM25 kepada RM4,833 setiap tan, Mac 2025 bertambah RM27 kepada RM4,753 setiap tan dan April 2025 melonjak RM21 kepada RM4,658 setiap tan.

Jumlah dagangan susut kepada 70,549 lot daripada 83,410 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 242,438 kontrak daripada 246,507 sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk November Selatan melambung sebanyak RM40 kepada RM5,020 setiap tan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan