PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA KEKAL RENDAH PADA TENGAH HARI

07/11/2024 02:35 PM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi kukuh dalam tempoh semalaman.

Pada 12.30 tengah hari,  FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 9.26 mata atau 0.56 peratus kepada 1,624.91 berbanding 1,634.17 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka 1.97 mata lebih tinggi kepada 1,636.14 dan bergerak antara 1,623.30 hingga 1,639.55 sepanjang sesi pagi.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 633 berbanding 359 manakala 463 kaunter tidak berubah, 951 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.31 bilion saham bernilai RM1.68 bilion.

Dalam nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata memandangkan prestasi kukuh Wall Street dalam tempoh semalaman, ia yakin 'Trump Trade' mungkin memberi impak positif kepada pasaran tempatan, terutama dalam memberikan manfaat kepada sektor teknologi dalam jangka masa terdekat.

“Walaupun kami menjangka sektor minyak dan gas mungkin tidak berubah berikutan harga minyak mentah semasa, kami mengekalkan prospek positif dalam saham sarung tangan berikutan ringgit dijangka menyusut dalam jangka terdekat selepas kemenangan Donald Trump.

“Selain itu, kami memihak kepada sektor pembinaan, bahan binaan, hartanah dan utiliti memandangkan kita berada dalam tempoh pendapatan korporat,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB Group naik 5.0 sen kepada RM8.25 dan IHH Healthcare meningkat 2.0 sen kepada RM7.28 manakala Public Bank rendah 2.0 sen kepada RM4.47, Maybank merosot 2.0 sen kepada RM10.58 dan Tenaga Nasional susut 8.0 sen kepada RM14.30.

Dalam kalangan saham aktif, 3Ren naik 5.5 sen kepada 45.0 sen, Inari Amertron menambah 20.0 sen kepada RM3.19 dan Cape EMS naik 1.0 sen kepada 37.5 sen.

Sementara itu, Top Glove berkurangan 5.0 sen kepada RM1.11 dan Genetec Technology susut 1.0 sen kepada 94.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 susut 69.82 mata kepada 12,010.95, Indeks FBM Emas rendah 71.58 mata kepada 12,309.24, Indeks FBM Emas Syariah susut 85.85 mata kepada 12,270.36, Indeks FBM 70 merosot 109.48 mata kepada 17,996.01 dan Indeks FBM ACE merosot 55.78 mata kepada 5,129.97.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 18.20 mata kepada 19,308.68, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 1.19 mata kepada 174.29, Indeks Tenaga berkurangan 7.10 mata kepada 829.09 dan Indeks Perladangan turun 12.87 mata kepada 07.599.

Indeks Teknologi meningkat 0.96 mata kepada 62.63.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan