PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI

11/11/2024 02:30 PM

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Isnin, diseret turun oleh aktiviti jualan berterusan didahului saham utiliti berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.58 peratus atau 9.47 mata kepada 1,611.77 daripada 1,621.24 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu yang dibuka 4.39 mata lebih tinggi pada 1,625.63, bergerak antara 1,611.55 hingga 1,627.23 sepanjangan sesi dagangan pagi.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 635 berbanding 275, manakala 440 kaunter tidak berubah, 1,057 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.68 bilion saham bernilai RM1.01 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd kalangan pelabur akan memantau data inflasi dan jualan runcit Amerika Syarikat (AS) bagi Oktober, yang boleh menentukan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS akan datang.

Firma pembrokeran itu juga menjelaskan pelabur mengalihkan tumpuan mereka kepada sektor perladangan menjelang tempoh pelaporan keuntungan dan prestasi kewangan suku pertama 2025.

“Selain itu, saham syarikat pembinaan dan syarikat bahan binaan tertentu dijangka mencatatkan keuntungan lebih kukuh, disokong oleh pelaburan pusat data yang berterusan,” tambahnya.\

Malacca Securities juga memaklumkan bahawa secara teknikal, pihaknya menjangkakan paras rintangan indeks penanda aras itu berada pada sekitar 1,636 hingga 1,641 manakala paras sokongan pada antara 1,601 hingga-1,606.

Antara saham wajaran tinggi, YTL Corporation turun 6.0 sen kepada RM1.99, Tenaga merosot 30 sen kepada RM14.10, MR DIY kurang 4.0 sen kepada RM2.12, YTL Power menguncup 6.0 sen kepada RM3.18, dan Genting Malaysia susut 3.0 sen kepada RM2.20.

Bagi saham paling aktif, Azam Jaya melonjak 26 sen kepada RM1.04, Mega Fortris turun 1.5 sen kepada 65.5 sen, Velesto kurang setengah sen kepada 18.5 sen, Talam Transform kekal pada 2.5 sen, dan Cape EMS naik setengah sen kepada 36.5 sen.

Azam Jaya dan Mega Fortris mula disenaraikan di Pasaran Utama hari ini.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 66.30 mata kepada 12,199.56, Indeks FBM Emas Syariah turun 52.04 mata kepada 12,179.76, dan Indeks FBMT 100 kurang 65.93 mata kepada 11,900.53.

Indeks FBM 70 merosot 83.96 mata kepada 17,781.43, dan Indeks FBM ACE turun 44.32 mata kepada 5,100.60.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.90 mata kepada 171.71, Indeks Tenaga menguncup 5.29 mata kepada 828.79, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 112.49 mata kepada 19,144.53 namun, Indeks Perladangan melonjak 146.72 mata kepada 7,778.30.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan