KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meraih prestasi positif pada tengah hari dengan mencecah paras 1,600 memandangkan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, utiliti serta telekomunikasi dan media.
Press Metal Aluminium melonjak 28 sen atau 6.4 peratus kepada RM4.68, Tenaga Nasional naik 18 sen kepada RM14.38 dan Maxis menambah 12.0 sen kepada RM3.56, dengan saham-saham ini menyumbang sebanyak 7.30 mata kepada indeks komposit.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.79 mata atau 0.68 peratus kepada 1,603.23 daripada 1,592.44 semasa ditutup pada paras 1,592.44 Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 0.47 mata lebih tinggi kepada 1,592.91 dan bergerak antara 1,591.49 hingga 1,605.41 sepanjang sesi dagangan pagi.
Bagaimanapun, pasaran lebih luas memperlihatkan sentimen bercampur-campur apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 476 berbanding 392 manakala 480 kaunter tidak berubah, 1,109 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 1.89 bilion saham bernilai RM1.05 bilion.
Bagaimanapun, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pendirian berhati-hati perlu diambil, dengan syarikat sekuriti itu menjangka saham Asia akan memulakan minggu ini dengan sentimen lemah berikutan pelabur menilai potensi impak daripada tarif yang dicadangkan oleh Donald Trump dan kitaran pelonggaran kadar faedah lebih perlahan yang dijangka pada 2025.
"Pada minggu ini, peniaga akan memantau acara utama termasuk ucapan oleh Gabenor Bank of Japan; pengumuman prestasi kewangan NVIDIA; Sidang Kemuncak G20 di Brazil; dan pengumuman kadar pinjaman utama China," menurut Malacca Securities dalam nota hari ini.
Dari segi teknikal, Malacca Securities berkata paras rintangan dijangka pada sekitar 1,607-1,612 (mata) dan paras sokongan pada 1,572-1,577.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, CelcomDigi menambah empat sen kepada RM3.37, Sunway menokok 8.0 sen kepada RM4.72, Hong Leong Financial Group melonjak 34 sen kepada RM18.56 manakala Petronas Chemicals susut 3.0 sen kepada RM4.53 dan MISC rendah 4.0 sen kepada RM7.56.
Bagi saham aktif, Top Glove menambah 2.0 sen kepada RM1.12, Johor Plantations menokok 4.0 sen kepada RM1.37, Cape EMS susut 1.0 sen kepada 38.5 sen manakala Classita dan Harvest Miracle Capital masing-masing berkurangan setengah sen kepada 6.0 sen dan 8.0 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 74.86 mata kepada 12,098.16, Indeks FBM Emas naik 58.11 mata kepada 12,163.43 dan Indeks FBMT 100 menambah 61.78 mata kepada 11,867.98.
Indeks FBM ACE meningkat 1.13 mata kepada 5,148.29 dan Indeks FBM 70 menokok 26.49 mata kepada 17,845.37.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 2.04 mata kepada 170.31, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 51.63 mata kepada 19,208.47 dan Indeks Perladangan menokok 56.29 mata kepada 7,682.47 manakala Indeks Tenaga rendah 1.48 mata kepada 825.69.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial