Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai permintaan eksport yang lemah, kata peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata permintaan cenderung menjadi rendah menjelang akhir tahun berdasarkan corak yang bermusim.
“Harga minyak kacang soya yang rendah di Lembaga Perdagangan Chicago turut mempengaruhi harga.
“Kami menjangka paras sokongan pada RM4,600 satu tan dan paras halangan pada RM4,850 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu Disember 2024 merosot RM101 kepada RM4,790 satu tan, Januari 2025 berkurangan RM114 kepada RM4,714 satu tan dan Februari 2025 susut RM130 kepada RM4,642 satu tan.
Kontrak Mac 2025 merosot RM131 kepada RM4,547 satu tan, April 2025 berkurangan RM123 kepada RM4,458 satu tan dan Mei 2025 susut RM110 kepada RM4,373 satu tan.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 95,229 lot daripada 145,908 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 239,910 kontrak daripada 244,234 kontrak sebelum ini.
Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan susut RM50 kepada RM4,950 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial