KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, bertentangan dengan aliran positif dalam pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Penganalisis berkata penurunan itu didorong oleh perubahan tumpuan pelabur kepada kelas aset lain.
Kontrak semerta November 2024 menyusut kepada US$2,622.90 setiap auns troy daripada US$2,673.00 setiap auns troy semalam.
Kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025, semuanya berada pada US$2,635.80 setiap auns troy berbanding US$2,687.30 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan melonjak kepada 84 lot daripada 23 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menokok kepada 101 kontrak daripada 44 kontrak sebelumnya.
Mengikut London Bullion Market Association pada 25 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,635.40 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial