PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH 

28/11/2024 08:42 PM

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan permintaan yang lemah, walaupun terdapat momentum positif dalam pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta  November 2024 turun kepada US$2,646.40 setiap auns troy daripada US$2,651.60 setiap auns troy semalam.

Bagi kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,659.30 setiap auns troy daripada US$2,664.50 sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada enam lot berbanding tujuh lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka tidak berubah kepada 23 kontrak.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 27 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,640.85 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan