PASARAN > BERITA

BANJIR PANTAI TIMUR, SIMPANAN STOK RENDAH TINGKATKAN NIAGA HADAPAN MSM MINGGU DEPAN

30/11/2024 10:57 AM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan banjir yang semakin buruk di Pantai Timur.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata paras inventori komoditi itu yang rendah akan turut meningkatkan harganya.

“Kami menjangkakan niaga hadapan MSM akan didagangkan antara RM4,900 dan RM5,250 minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh mengunjurkan niaga hadapan akan didagangkan lebih rendah minggu depan berikutan aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan harga baru-baru ini.

“Kami menjangkakan harga akan berada dalam julat antara RM4,500 dan RM4,600 (satu tan) minggu depan,” kata Teh.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak bulan semerta baharu Disember 2024 meningkat RM448 kepada RM5,238 satu tan, Januari 2025 naik RM411 kepada RM5,125 dan Februari 2025 menambah RM378 kepada RM5,020.

Kontrak Mac 2025 menokok RM356 kepada RM4,903 satu tan, April 2025 meningkat RM314 kepada RM4,772 dan kontrak Mei 2025 naik RM267 kepada RM4,640.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 402,631 lot daripada 532,086 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada 227,559 kontrak daripada 239,910 kontrak pada minggu sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan menokok RM350 kepada RM5,300 satu tan.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan