PASARAN > BERITA

RINGGIT DIBUKA RENDAH BERBANDING DOLAR US

03/12/2024 09:31 AM

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Urus niaga ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang global, kata seorang penganalisis.

Pada jam 8.03 pagi, unit tempatan menyusut kepada 4.4595/4680 berbanding penutupan urus niaga Isnin pada paras 4.4570/4625.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang Amerika Syarikat (AS) dolar dirangsang oleh kebimbangan terhadap perkembangan politik di Perancis ketika ini susulan terdapat usul undi tidak percaya terhadap perselisihan pendapat mengenai belanjawan negara tersebut.

Sementara itu, gabenor Rizab Persekutuan (Fed) AS Christopher Waller berkata beliau akan memutuskan untuk menurunkan kadar faeadah, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bulan ini, justeru memberi gambaran bahawa lebih banyak pelonggaran kewangan akan berlaku.

“Oleh itu, ringgit boleh kekal dalam julat kecil berbanding dolar US kerana sentimen pasaran masih bersikap berhati-hati terhadap prospek masa depan Fed AS pada 2025 kerana ancaman terhadap tarif yang lebih tinggi boleh meningkatkan kadar inflasi tahun depan. Itu boleh membentuk kadar pelonggaran monetari,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.6426/6534 daripada 5.6613/6683 ketika ditutup pada Isnin, melonjak berbanding euro kepada 4.6807/6896 daripada 4.6856/6914 bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9784/9842 daripada 2.9648/9687 semalam.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendag berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3136/3202 daripada 3.3113/3156 pada penutupan Isnin dan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.62 daripada 7.59/7.61 sebelumnya tetapi ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9134/9462 daripada 12.9196/9423 semalam dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 280.3/281.0 daripada 280.1/280.6 sebelum itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan