PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

18/12/2024 08:18 PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, mencerminkan prestasi positif niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Kontrak semerta Disember 2024 menokok kepada US$2,650.60 setiap auns troy daripada US$2,643.30 setiap auns troy pada Selasa manakala Januari 2025 meningkat kepada US$2,663.70 setiap auns troy daripada US$2,656.40.00 sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025, semuanya ditutup tinggi pada US$2,673.90 setiap auns troy daripada US$2,666.60 semalam.

Jumlah dagangan menurun kepada enam lot daripada 26 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka merosot kepada 21 kontrak daripada 39 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 17 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,636.35 setiap auns troy.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan