PASARAN > BERITA

PASARAN GETAH DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR

19/12/2024 09:20 PM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Khamis di tengah-tengah aliran menurun di pasaran getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengunjurkan penurunan kadar faedah yang lebih perlahan pada 2025. 

“Harga minyak merosot selepas Fed memberi isyarat ia akan memperlahankan penurunan kadar faedahnya, yang berpotensi memberi kesan terhadap permintaan bahan api,” katanya.

Fed menurunkan kadar faedah penanda arasnya kepada julat 4.25 peratus-4.50 peratus dan bank pusat itu membayangkan kemajuan penurunan kadar yang perlahan sehingga akhir 2025.

Sementara itu, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut 2.5 sen kepada 871.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 2.5 sen kepada 716.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga SMR 20 berada pada 865.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 719.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan