KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal suram minggu depan berikutan kekurangan minat yang ketara.
Pasaran akan ditutup bersempena cuti Tahun Baru pada Rabu dan beroperasi semula pada hari berikutnya.
Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak bulan semerta Disember 2024 mengakhiri minggu ini lebih tinggi pada US$2,627.30 setiap auns troy daripada US$2,607.00 setiap auns troy minggu lepas dan kontrak Januari 2025 meningkat kepada US$2,640.40 setiap auns troy daripada US$2,620 sebelum ini.
Kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 turut ditutup lebih tinggi kepada US$2,650.50 setiap auns troy daripada US$2,630.30 setiap auns troy minggu lepas.
Jumlah dagangan menyusut lebih separuh, berkurangan kepada 60 lot daripada 144 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 38 kontrak daripada 24 kontrak sebelum ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial