KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan sejajar dengan pasaran tunai minggu depan, kata peniaga.
Katanya pelabur akan berhati-hati menjelang pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 20 Januari.
Bagi minggu dagangan baru berakhir, kontrak Disember 2024 ditutup pada Selasa pada 1,641.5, bulan semasa baharu Januari 2025 naik 9.0 mata kepada 1,630.5, Februari 2025 sebanyak 1,635.0, Mac 2025 menambah 7.5 mata kepada 1,618.0 dan Jun 2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,623.5.
Jumlah dagangan merosot kepada 41,378 lot daripada 129,684 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 42,706 kontrak daripada 113,387 kontrak sebelumnya.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks utama meningkat 1.32 mata kepada 1,629.46 daripada 1,628.14 pada minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial