KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini berikutan kekurangan minat belian.
Kontrak bulan semerta Januari 2025 turun kepada US$2,672.70 setiap auns troy daripada US$2,689.20 setiap auns troy pada Isnin, manakala kontrak Februari 2025 susut kepada US$681.90 setiap auns troy daripada US$2,699.10 setiap auns troy.
Kontrak Mac 2025, April 2025, dan Jun 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,690.60 setiap auns troy daripada US$2,706.20 setiap auns troy.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 12 lot daripada 56 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 22 kontrak daripada 71 kontrak.
Menurut penetapan harga London Bullion Market Association pada 13 Januari, harga emas fizikal berada pada US$2,669.50 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial