PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

15/01/2025 08:49 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu menjelang pengeluaran laporan inflasi utama Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata laporan inflasi itu dijangka memberikan petunjuk kepada pelabur hala tuju dasar pelonggaran monetari Rizab Persekutuan AS.

Kontrak bulan semerta Januari 2025 naik kepada US$2,692.30 setiap auns troy daripada US$2,672.70 pada Selasa, manakala Februari 2025 menokok kepada US$2,701.50 setiap auns troy daripada US$2,681.90 semalam.

Kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 semuanya ditutup tinggi pada US$2,710.20 setiap auns troy daripada US$2,690.60.

Jumlah dagangan meningkat kepada 47 lot daripada 12 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 69 kontrak daripada 22 kontrak semalam.

Menurut penetapan harga London Bullion Market Association pada 14 Januari, harga emas fizikal berada pada  US$2,667.0 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan