PASARAN > BERITA

CUTI TAHUN BARU CINA JEJASKAN NIAGA HADAPAN EMAS

28/01/2025 08:08 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas perdagangan menjadi lemah menjelang cuti Tahun Baru Cina, walaupun pasaran emas Comex Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pergerakan bermomentum positif di Amerika Syarikat, menurut seorang penganalisis.

Kontrak bulan semerta Januari 2025 merosot kepada US$2,745.70 setiap auns troy daripada US$2,761.60 yang dicatatkan padai Isnin dan Februari 2025 susut kepada US$2,754.10 setiap auns troy berbanding US$2,770.00 sebelum ini.

Kontrak Mac 2025, April 2025 serta Jun 2025 ditutup tidak bermaya pada US$2,762.60 setiap auns troy daripada US$2,778.50.

Jumlah dagangan jatuh kepada 17 lot daripada 30 lot semalam, manakala kepentingan terbuka turun kepada 43 kontrak daripada 47 sebelum ini.

Berdasarkan London Bullion Market Association pada 27 Januari, harga emas fizikal berada pada US$ 2,742.40 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan