PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP TINGGI SEJAJAR PRESTASI KUKUH MINYAK KACANG SOYA

21/02/2025 09:56 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kukuh minyak kacang soya, kata seorang penganalisis.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan pengeluaran yang lebih lemah pada minggu-minggu akan datang juga dilihat menaikkan sentimen.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM4,600 satu tan dan paras rintangan pada RM4,750 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM yang lebih tinggi disebabkan oleh momentum kukuh dalam pasaran minyak kacang soya dan minyak kacang soya Amerika Selatan di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Selain itu, kenaikan berterusan olein sawit di Bursa Komoditi Dalian turut mendorong pembelian oleh dana komoditi.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 naik RM20 kepada RM4,836 satu tan, April 2025 bertambah RM26 kepada RM4,762 satu tan, dan Mei 2025 menokok RM22 kepada RM4,664 satu tan.

Kontrak Jun 2025 meningkat RM18 kepada RM4,548 satu tan, Julai 2025 melonjak RM14 kepada RM4,441 satu tan, dan Ogos 2025 naik RM10 kepada RM4,367 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 97,093 lot daripada 69,725 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 243,818 kontrak daripada 239,575 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan melonjak RM20 kepada RM4,900 satu tan.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan