PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DIBUKA RENDAH

25/02/2025 10:58 AM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, menjejaki prestasi Wall Street yang lemah berikutan sentimen terus terjejas oleh kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.34 mata kepada 1,581.91 daripada 1,584.25 semalam. 

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.52 mata kepada 1,582.73.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 188 berbanding 96, dengan 240 kaunter tidak berubah, 1,826 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung. 

Jumlah dagangan sebanyak 95.74 juta saham bernilai RM51.05 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran AS lemah selepas Trump mengumumkan bahawa tarif ke atas Kanada dan Mexico akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

Sementara itu, katanya pemberhentian besar-besaran dalam sektor awam dan swasta dijangka memberi implikasi negatif terhadap ekonomi AS apabila hasil 10 tahun AS susut kepada 4.40 peratus. 

“Dalam negara, FBM KLCI merosot di bawah paras 1,585 tetapi tutup pada paras terendah semalam berikutan terdapat jualan asing dan aktiviti belian saham pada harga rendah. 

“Dalam dana asing mengurangkan pegangan mereka di Asia Tenggara, kami melihat ini sebagai peluang yang baik untuk membeli saham berikutan dana asing pasti akan kembali,” katanya kepada Bernama.  

Oleh itu, Thong menjangka indeks akan berada dalam julat 1,580 hingga 1,590 hari ini berikutan Malaysia memasuki tempoh keputusan kewangan.

Saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare, masing-masing menambah empat sen kepada RM10.52, RM13.68 dan RM7.29. 

CIMB merosot dua sen kepada RM8.36 dan Public Bank berkurangan satu sen kepada RM4.46. 

Saham aktif Elridge Energy, Mestron dan TWL, masing-masing naik setengah sen kepada 47.5 sen, 28 sen dan 2.5 sen. 

Sementara itu, Ingenieur Gudang susut setengah sen kepada 4.5 sen dan MY E.G. Services mendatar pada RM1.01. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 21.33 mata kepada 11,895.68, Indeks FBMT 100 berkurangan 21.09 mata kepada 11,636.32, Indeks FBM Emas Shariah turun 21.55 mata kepada 11,585.46, Indeks FBM 70 jatuh 46.34 mata kepada 17,187.08 dan Indeks FBM ACE merosot 1.52 mata kepada 4,904.17.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 6.85 mata kepada 19,299.73, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.54 mata kepada 160.81, Indeks Tenaga merosot 2.01 mata kepada 766.86 dan Indeks Perladangan turun 6.97 mata kepada 7,563.33.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan