PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM NAIK MELEBIHI RM4,600 SUSULAN KEBIMBANGAN PENGELUARAN LEBIH LEMAH

07/03/2025 09:38 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Jumaat di tengah-tengah sentimen pasaran yang positif dengan harga melepasi RM4,600 setiap tan untuk kontrak penanda aras Mei 2025, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga MSM melonjak kerana pasaran kekal bimbang mengenai pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang.

Sementara itu, paras saham rendah di negara ini dijangka menyokong harga dalam tempoh terdekat.

"Kami menjangkakan harga MSM akan mendapat paras sokongan pada RM4,500 setiap tan dan berdepan paras rintangan pada RM4,780 setiap tan," katanya kepada Bernama.

Sewaktu penutup dagangan, kontrak Mac 2025 naik RM126 kepada RM4,870 setiap tan, April 2025 berkembang RM142 kepada RM4,724 setiap tan dan Mei 2025 bertambah RM145 kepada RM4,625 setiap tan.

 Sementara itu, kontrak Jun 2025 berkembang RM123 kepada RM4,506, Julai 2025 meningkat RM103 kepada RM4,389 dan Ogos 2025 menokok RM87 kepada RM4,309 setiap tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 131,478 lot daripada 107,247 lot semalam manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 242,153 kontrak daripada 239,817 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Mac Selatan susut RM100 kepada RM4,900 setiap tan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan