PASARAN > BERITA

FBM KLCI TERUSKAN ALIRAN MENURUN SUSULAN PENINGKATAN KETIDAKSTABILAN GLOBAL

11/03/2025 07:01 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan penurunannya sewaktu dagangan ditutup pada Selasa yang mencerminkan ketidakstabilan dan penjualan mendadak dalam ekuiti Amerika Syarikat (AS) apabila pengelakan risiko global semakin meningkat.

Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 16.31 mata atau 1.06 peratus kepada 1,520.15  daripada 1,536.46 ketika ditutup pada Isnin.

Penanda aras pasaran dibuka 10.45 mata lebih rendah pada 1,526.01 selain turun naik antara 1,514.48 dan 1,527.19 sepanjang hari.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 910 berbanding 200 manakala 384 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan tujuh digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.71 bilion unit bernilai RM3.29 bilion daripada 3.10 bilion unit bernilai RM2.40 bilion pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata kebimbangan terhadap prospek ekonomi AS semakin mendalam apabila ahli ekonomi Wall Street menyemak semula unjuran pertumbuhan mereka untuk 2025 disebabkan oleh impak tarif yang lebih besar daripada jangkaan.

Beliau berkata unjuran pertumbuhan diturunkan daripada 2.2 peratus kepada 1.7 peratus menjelang akhir tahun dengan risiko kemelesetan kini dianggarkan pada satu dalam lima.

"Namun, beberapa penganalisis mencadangkan Rumah Putih masih mempunyai fleksibiliti untuk menyusun semula dasar-dasarnya jika keadaan ekonomi terus merosot," katanya kepada Bernama.

Di negara ini, Mohd Sedek berkata, bagi mencerminkan kebimbangan global ini, sentimen pelabur di Malaysia menjadi berhati-hati sehingga menyebabkan tekanan jualan secara meluas.

Semasa sesi pagi dagangan, FBM KLCI mencecah paras sokongan 1,520, mencapai paras terendah harian iaitu 1,519 sebelum kembali pulih kepada 1,520.

"Saham pengguna menerima kesan terburuk daripada penjualan dalam kalangan komponen FBM KLCI apabila pelabur menilai potensi kesan limpahan kemelesetan AS dan permintaan China yang semakin perlahan di pasaran global.

"Ketidaktentuan yang berlaku mendorong kepada pengelakan risiko yang berterusan sekali gus menyebabkan peserta pasaran berwaspada," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB susut 26 sen kepada RM7.26, Sunway turun 15 sen kepada RM4.42, Tenaga Nasional berkurang 14 sen kepada RM13.40 manakala 99 Speed ​​Mart dan Press Metal menyusut 9.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM1.97 dan RM4.93.

Dalam kalangan kaunter aktif, Nationgate dan NexG naik satu sen setiap satu masing-masing kepada RM1.15 dan 27 sen, MYEG merosot satu sen kepada 89.5 sen manakala Sapura Energy dan Kinergy Advancement tidak berubah masing-masing kepada 3.5 sen dan 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun sebanyak 145.21 mata kepada 11,267.89, Indeks FBMT 100 susut 138.96 mata kepada 11,058.87, Indeks FBM Emas Shariah merosot 154.22 mata kepada 10,874.01, Indeks FBM ACE menyusut 82.21 mata kepada 4,440.13 dan Indeks FBM 70 berkurang 280.60 mata kepada 15,845.39.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 199.16 mata kepada 18,769.29, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.75 mata kepada 150.90, Indeks Tenaga susut 12.92 mata kepada 695.11 dan Indeks Perladangan berkurang 77.48 mata kepada 7,341.23.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.03 bilion unit bernilai RM3.02 bilion daripada 1.67 bilion unit bernilai RM2.14 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran pula menokok kepada 1.28 bilion unit bernilai RM144.08 juta daripada 1.07 bilion unit bernilai RM143.69 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 397.96 juta unit bernilai RM129.01 juta daripada 356.70 juta unit bernilai RM121.99 juta pada Isnin.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 283.99 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (360.39 juta), pembinaan (151.31 juta), teknologi (282.82 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (161.52 juta), hartanah (245.25 juta), perladangan (39.28 juta), REITs (29.39 juta), dana tertutup (48,200), tenaga (231.09 juta), penjagaan kesihatan (121.31 juta), telekomunikasi dan media (35.0 juta), pengangkutan dan logistik (23.19 juta), utiliti (65.31 juta) dan amanah perniagaan (563,300).

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan