KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pasaran getah pulih semula pada Jumaat, didorong oleh momentum meningkat pasaran getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang stabil berikutan ringgit yang menyusut berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
Beliau berkata harga juga disokong oleh bahan mentah yang terhad bermusim di negara pengeluar utama seperti Thailand, dalam persekitaran keyakinan terhadap langkah rangsangan China yang berterusan.
"Namun begitu, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh ketegangan perdagangan global yang semakin memuncak," kata peniaga itu kepada Bernama.
Setakat 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan Getah Mutu Malaysia (SMR) 20 meningkat sebanyak 11.5 sen kepada 884.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal menokok 1.0 sen kepada 697.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial