PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP TINGGI SUSULAN PENGUKUHAN HARGA MINYAK KACANG SOYA

19/03/2025 09:42 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, mengubah kerugian pada awalnya susulan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata kenaikan minyak kacang soya disebabkan prospek permintaan yang lebih kukuh, terutamanya dari India dan China.

“Perkembangan cuaca yang memburuk di kawasan penanaman utama tertentu, yang mungkin menjejaskan prospek tanaman dan dengan itu menyokong harga minyak kekacang.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM4,350 setan dan paras rintangan pada RM4,580 setan," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada penutup dagangan, bulan semerta baharu April 2025 melonjak RM29 kepada RM4,634 setan, Mei 2025 meningkat RM26 kepada RM4,492 setan, dan Jun 2025 naik RM23 kepada RM4,389 setan.

Kontrak Julai 2025 bertambah RM17 kepada RM4,286 setan, Ogos 2025 dan September 2025 masing-masing naik RM19 kepada RM4,214 setan dan RM4,175 setan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 96,070 lot daripada 80,160 ketika ditutup pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 250,149 kontrak daripada 250,640 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Mac Selatan susut RM20 kepada RM4,780 setan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan