PASARAN > BERITA

PASARAN GETAH DITUTUP RENDAH

28/03/2025 06:46 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang agenda tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Seorang peniaga berkata penurunan harga minyak mentah dan petunjuk ekonomi AS yang bercampur-campur turut menyumbang kepada sentimen negatif.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh data automotif China yang menggalakkan dan usaha China untuk menyokong ekonominya dalam bekalan getah asli yang terhad dari negara-negara pengeluar getah asli utama,” katanya kepada Bernama.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 0.46 peratus kepada US$73.69 setong.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot empat sen kepada 874.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan empat sen kepada 671 sen sekilogram.

Pasaran Kuala Lumpur akan ditutup dari 31 Mac hingga 1 April 2025 sempena sambutan Aidilfitri dan  akan beroperasi semula pada 2 April 2025.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan