Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi sedikit, selepas mencatatkan kenaikan awal susulan laporan Indonesia menyemak semula levi eksport, menjadikan minyak sawit Malaysia kurang kompetitif, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Katanya, permintaan eksport yang lemah juga memberi tekanan kepada harga MSM.
“Kami melihat paras sokongan pada RM4,100 dan paras rintangan pada RM4,350,” katanya kepada Bernama.
Ketika ditutup, kontrak April 2025 dan Mei 2025 masing-masing naik RM2 kepada RM4,564 dan RM4,340 setan, manakala Jun 2025 meningkat RM3 kepada RM4,188.
Kontrak Julai 2025 menambah RM7 kepada RM4,101 setan, manakala Ogos 2025 dan September 2025 masing-masing menokok RM16 kepada RM4,058 dan RM4,039.
Jumlah dagangan melonjak kepada 122,240 lot daripada 110,726 lot ketika ditutup pada Isnin, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 252,515 kontrak daripada 253,375 kontrak sebelumnya.
Harga fizikal MSM bagi April Selatan kekal tidak berubah pada RM4,650 setan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial