PASARAN > BERITA

PASARAN GETAH TERUSKAN PENURUNAN SEIRING PENGUKUHAN RINGGIT

29/04/2025 06:24 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia melanjutkan aliran menurun hari ini seiring dengan pasaran hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila China menangguhkan rangsangan tambahan, kata seorang peniaga.

Beliau memberitahu Bernama bahawa penurunan harga minyak di tengah-tengah perang perdagangan AS-China yang berterusan turut menjejaskan sentimen pasaran.

"Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh keyakinan pasaran terhadap pelepasan tarif automotif oleh Presiden AS Donald Trump dan prospek permintaan getah asli yang cerah yang dilaporkan oleh Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC),” tambahnya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan bahawa harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 turun 9.0 sen kepada 738.50 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut 5.0 sen kepada 661.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan