PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA KEKAL MOMENTUM POSITIF PADA TENGAH HARI

30/04/2025 02:37 PM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, disokong dengan minat belian dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta kaunter perkhidmatan kewangan, menjejaki peningkatan di pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 12.62 mata kepada 1,528.18 daripada 1,515.56 semasa ditutup semalam.

Indeks utama itu dibuka tinggi 2.51 mata kepada 1,518.07 dan bergerak antara 1,518.07 hingga 1,529.03 sepanjang sesi dagangan pagi.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 424 berbanding 338 manakala 448 kaunter tidak berubah, 1,209 tidak diniagakan dan 96 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.41 bilion saham bernilai RM883.49 juta.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals melonjak 11 sen kepada RM3.58, Press Metal Aluminium and CIMB menambah lapan sen masing-masing kepada RM4.87 dan RM7.10, Petronas Gas menokok 30 sen kepada RM17.12 dan Public Bank naik tiga sen kepada RM4.45.

Bagi saham aktif, Velesto naik 0.5 sen kepada 15.5 sen, Chemlite Innovation meningkat dua sen kepada 25 sen dan WTEC Group menambah satu sen kepada 24.5 sen, manakala Kinergy Advancement tidak berubah pada 32.5 sen, bagaimanapun Tanco Holdings susut satu sen kepada 87 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 79.85 mata kepada 11,354.26, Indeks FBMT 100 menokok 83.39 mata kepada 11,128.35 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 81.47 mata kepada 11,199.21, Indeks FBM 70 melonjak 85.81 mata kepada 15,990.80, manakala Indeks FBM ACE jatuh 1.67 mata kepada 4,616.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 112.02 mata kepada 18,212.13, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.36 mata kepada 150.28, Indeks Tenaga meningkat 9.40 mata kepada 687.36 dan Indeks Perladangan menambah 36.87 mata kepada 7,199.22. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan