KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Rabu, dirangsang oleh aliran peningkatan Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20), yang disokong oleh pemulihan niaga hadapan getah serantau.
Menurut seorang peniaga, sentimen pasaran terus ditingkatkan oleh lonjakan harga minyak mentah penanda aras dan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan berterusan terhadap impak ekonomi susulan tarif perdagangan AS, katanya kepada Bernama.
Peniaga itu berkata lonjakan harga minyak, naik sedikit di atas paras terendah dalam empat tahun, berikutan pelabur kini memberi tumpuan kepada rundingan dagangan AS-China dan tanda-tanda penguncupan pengeluaran AS.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga SMR 20 naik 4.5 sen kepada 747.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 4.0 sen kepada 597.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial