PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP LEBIH RENDAH

08/05/2025 08:33 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri kenaikan tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki penurunan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX), kata penganalisis.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dengan pasaran mudah tunai kembali pulih, pedagang dengan pantas masuk dan mendorong harga lebih rendah apabila pasaran memulakan pemfaktoran fasa perkembangan rundingan perdagangan seterusnya.

“Ketika ini momentum sedang bergerak dengan pantas dengan pasaran serantau menjangkakan satu siri perjanjian perdagangan bermula esok.

“(Ia) berkemungkinan mengurangkan permintaan untuk lindung nilai risiko dan seterusnya melemahkan daya tarikan emas,” katanya kepada Bernama.

Ketika ditutup hari ini, kontrak semerta bulan Mei 2025 susut kepada US$3,349.30 setiap auns troy daripada US$3,387.10 pada Rabu.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 merosot kepada US$3,362.30 setiap auns troy daripada US$3,400.00 sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada 102 lot daripada 106 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 125 kontrak daripada 129 sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 7 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,392.25 setiap auns troy.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan