KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan penurunan dalam Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
Menurut laporan, niaga hadapan emas mencatatkan penurunan, dipengaruhi oleh ketegangan perdagangan AS-China yang mereda dan penurunan permintaan terhadap komoditi selamat.
“Niaga hadapan emas mengalami tekanan menurun berikutan hubungan perdagangan global yang lebih baik dan kebimbangan yang berkurangan terhadap inflasi,” menurut laporan berkenaan.
Pada penutupan dagangan hari ini, kontrak bulan semerta Mei 2025 menurun kepada US$3,240.90 setiap auns troy daripada US$3,263.50, dan Jun 2025 susut kepada US$3,253.90 daripada US$3,276.50 semasa ditutup semalam.
Kontrak Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 berkurangan kepada US$3,267.60 setiap auns troy daripada US$3,276.50 setiap auns troy pada Selasa.
Jumlah dagangan melonjak kepada 213 lot daripada 87 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 234 kontrak daripada 129 kontrak sebelum ini.
Berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 13 Mei, harga emas fizikal sebanyak US$3,227.95 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial