Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif berkemungkinan menyaksikan dagangan dalam jajaran kecil minggu depan, menjejaki prestasi pasaran tunai asas.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran akan menunggu pemangkin baharu untuk menentukan hala tujunya terutamanya daripada perkembangan terkini berkaitan tarif Amerika Syarikat.
"Kami menjangka FBM KLCI akan bergerak dalam dalam julat 1,600-1620 minggu depan," katanya kepada Bernama.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta September 2025 naik 8.0 mata kepada 1,608.0, Oktober 2025 meningkat 10.0 mata kepada 1,606.0, Disember 2025 melonjak 6.5 mata kepada 1,598.0 dan Mac 2026 menambah 6.0 mata kepada 1,577.0.
Jumlah dagangan bagi minggu baru berakhir naik kepada 137,491 lot daripada 20,473 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 87,049 kontrak daripada 46,066 kontrak dicatatkan sebelum ini.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FMB KLCI meningkat 10.82 mata kepada 1,609.05 daripada 1,598.23 sebelumnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial